Proses mendapatkan telor dari dalam kulitnya amat mencabar.Sangat panas.Amat memakan masa walaupun dengan bantuan kain dan sudu serta mangkok.Jikalau ada hukuman sebegini (memegang telor yang panas) nescaya aku tidak sanggop!
Satelah diketok beberapa kali hanya rekahan yang kelihatan.Tiada pilihan.Terpaksa kopek perlahan-lahan.Setiap sepihan seperti mengambil bara dari api.
Akhirnya telor berjaya dikupas.Bebal.Telor menjadi dua paruh masak.Hampeh!Teori api perlahan tidak menjadi.Periuk yang digunakan itu dapat menyerap haba dengan pantas.Maka impian menyorok telor separuh masa pada pagi itu gagal.Terpaksa makan telor kenduri.
p/s:Sabenarnya,telor separoh masak itu memadai kalo dibiarkan didalam air panas sahaja.Tak perlu mereneh.Moral disini,tanya lah pada orang yang bijak pandai walaupun perkara itu begitu remeh dan macam boleh makan.Buang ego.Jangan jadi saperti telor.Hahaha
No comments:
Post a Comment