Search This Blog

Wednesday, October 13, 2010

Dendam yang manis..

Seperti yang dijanjikan, pembalasan dendam terhadap Bukit Broga telah tercapai. Kali ini persediaan agak rapi. Kali ini kami ditemani dua orang lagi pendaki yang berpengalaman dalam rangkaian(network).Kami bergerak awal seawal 545.Ini untok melihat matahari terbit diatas bukit.Perjalanan ke Broga tidak sekabus dahulu.Cuaca sudah tidak hujan.Mungkin musim panas sudah datang.Jadi pemandangan di Broga pasti menarik!
Pendakian dimulakan sejurus sampai disana.Lebih kurang dalam pukol 645 sudah bermula pendakian setelah senaman ringan dilakukan.seperti biasa, untok 15 minit pertama memang pancit.saorang rakan pendakian kami telah minta untok mengambil nafas.Kami berehat selama 1minit kamudian perjalanan diteruskan untok mengejar sang mentari.sesampai dipunchak,kelihatan ramai pendaki sedang mengambil gambar.Ramai yang telah datang lebih awal dari kami.
Memang pendakian kali ini tidak sia-sia.Pemandangan dari atas bukit memang tidak mengecewakan.Tapi sedikit kekesalan kerana salah saorang rakan dakian kami tidak dapat memeruskan pendakian akibat pancit.Namun dia berjanji akan datang lagi.Dia berjanji untok menawan kembali Broga..hanya masa yang menentukan...
Broga,kau memang pembawa dendam...hahaha

Selamat pagi broga!


Antara yang berjaya menikmati keindahan broga..


Punchak pertama broga

Din sempat senyum walaupon penat.

Jurukamera professional.Tgk gaya pon dah tau haha

Smoke weed anyone?



Ahli-ahli pendaki.


Provokasi mesti ada..

Penghuni yang masih tidor..

Pekan Broga.

Kami telah berjaye!

Wednesday, October 6, 2010

Jangan biarkan telur anda...

Tadi pagi konon nak menyorok telor setengah masak.Amek dua biji kamudian letak dalam periuk dan renehkan bersama air.Api diselaraskan supaya menjadi kecil.Ini untok membeli masa agar dapat mandi dengan tenang.Satelah mandi,telor dibiarkan lagi.Kerana menurot kata hati,telor masih belum separoh masak disebabkan api yang menyala kecil.Satelah bersiap,lalu ke dapor.Api dipadamkan.Hati berbunga-bunga kerna sebentar lagi dapat menikmati telor separoh masak yang akan dihiasi dengan lada hitam dan sadikit garam.Maaf,tiada kicap.
Proses mendapatkan telor dari dalam kulitnya amat mencabar.Sangat panas.Amat memakan masa walaupun dengan bantuan kain dan sudu serta mangkok.Jikalau ada hukuman sebegini (memegang telor yang panas) nescaya aku tidak sanggop!
Satelah diketok beberapa kali hanya rekahan yang kelihatan.Tiada pilihan.Terpaksa kopek perlahan-lahan.Setiap sepihan seperti mengambil bara dari api.
Akhirnya telor berjaya dikupas.Bebal.Telor menjadi dua paruh masak.Hampeh!Teori api perlahan tidak menjadi.Periuk yang digunakan itu dapat menyerap haba dengan pantas.Maka impian menyorok telor separuh masa pada pagi itu gagal.Terpaksa makan telor kenduri.

p/s:Sabenarnya,telor separoh masak itu memadai kalo dibiarkan didalam air panas sahaja.Tak perlu mereneh.Moral disini,tanya lah pada orang yang bijak pandai walaupun perkara itu begitu remeh dan macam boleh makan.Buang ego.Jangan jadi saperti telor.Hahaha

Saturday, October 2, 2010

Cincin Bawang?

Semalam aku balik umah lewat lalu perut ku lapar. Nak kata tak makan dah makan..mungkin tak baca bismillah kot td..hmm jadi aku berimpikan cucor perasa ikan bilis. Masakan ni memang paling payah sekali didalam dunia.Jikalau salah sukatan,cucor tu boleh disusun jadi rumah batu.haha aku ada tabiat yang suka mereka-reka bila memasak.suka tambah ni tambah tu kira macam masakan ni adalah ujian makmal.Jadi,berbalik pada cucor tadi, satelah digaul tepongnya dengan air secukop rasa,aku ternampak bawang india.Maka aku pon amek sebiji.Bawang ni memang besar.Lalu dipotong kecil.Tiba-tiba baru aku perasan yang bawang ini jadi sangat banyak apabila sudah dipotong.Tepong tadi sudah tidak kelihatan apabila dicampor sekali.Tobat jahanam cucor aku.

Berbekalkan semangat tidak membazir,lalu aku pon masak jugak lah.Sekali pandang nampak macam cucor sekali pandang nampak macam bawang goreng..nanti,bawang goreng?tapi bawang goreng apa yang ada tepung?agaknya ini lah kot asal usul cincin bawang atawa onion ring ikut bahasa penjajah...

Asal usul cincin bawang?
Adakah penciptaan sesuatu masakan itu terbit dari kesilapan dan ketidaksengajaan?