Search This Blog

Monday, September 27, 2010

Broga yang Kabus

28 September 2010
Pukol 6:20 pagi riyat sudah menalipon kejot aku untok ke sabuah bukit di hulu semenyih yang bernama Broga.Selepas solah,bersiap siap dengan ala kadar. Ini untok mengejar matahari terbit di atas bukit.Sah gagal!
Berbekalkan air jus mangga dan dua pek biskut, teros sahaja ke WQT.6:45 menuju ke Broga.Perjalanan memakan masa selama kurang lebih satu jam.Cuaca berkabus.Semalam hujan.Tp ni pon nampak macam nak hujan lagi.


Satu-satunya GPS yang kami ada.


Jalan yg berkabus ke Bukit Broga.
Selepas sejam, sampai la di Pekan Broga.Kami terlajak.Naseb baik tidak terlajak perahu.Rupa-rupanya tempat tu terletak berhadapan dengan Taman Arnab.Kereta diparking di ladang kelapa sawit yang di obah suai menjadi tempat parkir.RM2 sekali masok.Tapi tukang jaga parkir tidak kelihatan.Mungkin masih lagi di selimuti kulit khinzir atau pun tengah bersarapan. 


Ladang kelapa sawit merangkap parkir.


Pendaki hanya ada beberapa kerat.Hari kerja memang tidak ramai.Pendakian keatas tidak lah begitu mencabar.Tapi sukar dan berbahaya.Tanah licin dan agak curam.Lagi pula tiada senaman pemanas badan itu yang menyebabkan pancit ditengah jalan walaupon baru 15minit mendaki.Sesampai dipunchak,keadaan masih lagi diselubungi kabus.Seperti Jabatan Kesihatan sedang menyembur asap untok nyamok denggi.Jarak penglihatan tidak begitu jauh.Pemandangan memang mengechiwakan.15minit sesi bergambar masa untok turun.Rintik-rintik halus sudah mula terasa.Kabus makin tebal.


Trek yang agak curam


Kabus dimana-mana


Waktu turun adalah yang paling laju.Sedar-sedar sudah sampai kat bawah.Hampeh jam baru pukol sembilan.Misi untok melihat pemandangan dari punchak Broga gagal.Tidak mengapa.Jikalau ada sumur diladang...


Riyat naik

Riyat turon
Penakong hujan semula jadi
Penghuni tetap


Monday, September 20, 2010

makin hari makin malas kerja..adeh..mgkn aku cepat bosan atawa mgkn persekitaran yang sudah tidak selesa untok bekerja...persekitaran yang bagaimana aku pon tidak tahu..

Wednesday, September 15, 2010

Tuesday, September 14, 2010

Hari Raya Aftermath

Hari ni hari pertama keja lepas 6 hari aku merayakan kejayaan berposa selama sebulan. Agak hambar taun ni.tiada semangat raya tak mcm dulu kala.mgkn sbb sudah tua..adakah raya hanya untok kanak-kanak sahaja?
tiada komen.