Search This Blog

Sunday, June 19, 2011

supahero!!


Sekarang ini banyak sunggoh wayang yang bertemakan unsur hero.Boleh katakan setiap superhero ada wayang tersendiri..Lalu masa mandi terpikir aku,mana asal usul superhero ni?sapa yang start dulu?sapa super hero yang pioneer?adakah superhero superhero yang ada skang ni mengambil konsep atau meniru para-para nabi dan rasul? Nabi kan ada kuasa-kuasa atawa dipanggil mukjizat.Mukjizat-mukjizat ini bertujuan menolong orang dan utk meningkatkan lagi kepercayaan terhadap tuhan.Jadinya, konsep superhero ini nampak lebih kurang sama dengan konsep para nabi dan rasul cuma power saja yang berlainan..mungkin nak bagi nampak kool sekaligus memperlekehkan dan melupakan mukjizat  nabi dan rasul itu sendiri ??hmm..

* superhero apa yang aku nak jadi kalo aku diberi pilihan?haha



Friday, January 28, 2011

tekanan!!!!!!

sigh,
2 3 minggu ni ada ja tekanan dan ujian..
pas satu satu...
layan sudey...

Sunday, January 2, 2011

mereka merepek

kul 5pg!
mata tak bleh tidor.
selalu kopi yg diminum bakal membuatkan mata mengantuk.
tp kali ni kesan kafein itu gagal.ironi?
sebenarnya masa tidor telah luput.
mujor kerja mereka sudah siap.
gaya macam mereka tp merepek.
ah lantak pi.janji siap.
haha selamat malam

Tuesday, December 28, 2010

ombak jahat!

umpama laut masin.
ada saja ribut yang nak mengganggu.
ada saja taufan yang nak membadai.
berpuluh-puluh kapal telah dilambung
namun masih lagi tidak puas.
itulah nafsu.
kapal yang dilayar hilang arah.
nahkoda pun hilang perkiraan.
anak-anak hilang pertimbangan.
kata-kata petua "lepas ribut datangnya tenang"
hanya sekadar penyedap hati.
keciwa,putus harapan,sedih,murung sahaja yang menjadi pegangan ketika ini.
apa-apa pun.ini adalah peraturan bermain laut.
maka
layar terus dikibar walaupun rabak.
kapal terus dipandu walaupun peta entah kemana.
moga kapal sampai kedaratan.
walaupun yang sampai hanyalah bangkai.



Friday, December 10, 2010

Hidup umpama kayu..

Hidup umpama kayu reput.
Hanya menunggu ditelan usia.
Hanya tunggu dimamah anai-anai.
Hanya menunggu reput menjadi tanah..
Tiada guna.

Saturday, November 13, 2010

Bohsan!

Aku dah bosan sangat makan kat luar.Lauk sama,muka tokay pon sama,pinggan dan mangkok serta cawan dia pon sama.Sangat bosan.Pi kedai lain pon lauk lebih kurang sama.Pilihan terakhir masak kat umah.Resepi bukan payah.Online sudah..Tp yg masalahnya aku ni suka mereka yg bukan-bukan..experiment la katakan..haha teringat aku kata-kata chef micheal smith iaitu "it is not cooking, its kitchen chemistry!" kes tu yg membuatkan aku lagi brani reka masakan yang bukan-bukan..ada yang sedap ada yang tauk tong sampah haha
td baru ja aku reka buat spageti goreng ayam.malas pakai mee aku pakai spageti.memang buleh mkn tp xla sesedap mana...haha xpa aku akan cuba lagi.hurmm...duan cookbook macam menarik!!


Wednesday, October 13, 2010

Dendam yang manis..

Seperti yang dijanjikan, pembalasan dendam terhadap Bukit Broga telah tercapai. Kali ini persediaan agak rapi. Kali ini kami ditemani dua orang lagi pendaki yang berpengalaman dalam rangkaian(network).Kami bergerak awal seawal 545.Ini untok melihat matahari terbit diatas bukit.Perjalanan ke Broga tidak sekabus dahulu.Cuaca sudah tidak hujan.Mungkin musim panas sudah datang.Jadi pemandangan di Broga pasti menarik!
Pendakian dimulakan sejurus sampai disana.Lebih kurang dalam pukol 645 sudah bermula pendakian setelah senaman ringan dilakukan.seperti biasa, untok 15 minit pertama memang pancit.saorang rakan pendakian kami telah minta untok mengambil nafas.Kami berehat selama 1minit kamudian perjalanan diteruskan untok mengejar sang mentari.sesampai dipunchak,kelihatan ramai pendaki sedang mengambil gambar.Ramai yang telah datang lebih awal dari kami.
Memang pendakian kali ini tidak sia-sia.Pemandangan dari atas bukit memang tidak mengecewakan.Tapi sedikit kekesalan kerana salah saorang rakan dakian kami tidak dapat memeruskan pendakian akibat pancit.Namun dia berjanji akan datang lagi.Dia berjanji untok menawan kembali Broga..hanya masa yang menentukan...
Broga,kau memang pembawa dendam...hahaha

Selamat pagi broga!


Antara yang berjaya menikmati keindahan broga..


Punchak pertama broga

Din sempat senyum walaupon penat.

Jurukamera professional.Tgk gaya pon dah tau haha

Smoke weed anyone?



Ahli-ahli pendaki.


Provokasi mesti ada..

Penghuni yang masih tidor..

Pekan Broga.

Kami telah berjaye!