Search This Blog

Tuesday, December 28, 2010

ombak jahat!

umpama laut masin.
ada saja ribut yang nak mengganggu.
ada saja taufan yang nak membadai.
berpuluh-puluh kapal telah dilambung
namun masih lagi tidak puas.
itulah nafsu.
kapal yang dilayar hilang arah.
nahkoda pun hilang perkiraan.
anak-anak hilang pertimbangan.
kata-kata petua "lepas ribut datangnya tenang"
hanya sekadar penyedap hati.
keciwa,putus harapan,sedih,murung sahaja yang menjadi pegangan ketika ini.
apa-apa pun.ini adalah peraturan bermain laut.
maka
layar terus dikibar walaupun rabak.
kapal terus dipandu walaupun peta entah kemana.
moga kapal sampai kedaratan.
walaupun yang sampai hanyalah bangkai.



No comments:

Post a Comment