Pukol 6:20 pagi riyat sudah menalipon kejot aku untok ke sabuah bukit di hulu semenyih yang bernama Broga.Selepas solah,bersiap siap dengan ala kadar. Ini untok mengejar matahari terbit di atas bukit.Sah gagal!
Berbekalkan air jus mangga dan dua pek biskut, teros sahaja ke WQT.6:45 menuju ke Broga.Perjalanan memakan masa selama kurang lebih satu jam.Cuaca berkabus.Semalam hujan.Tp ni pon nampak macam nak hujan lagi.
Satu-satunya GPS yang kami ada. |
Jalan yg berkabus ke Bukit Broga. |
Ladang kelapa sawit merangkap parkir. |
Pendaki hanya ada beberapa kerat.Hari kerja memang tidak ramai.Pendakian keatas tidak lah begitu mencabar.Tapi sukar dan berbahaya.Tanah licin dan agak curam.Lagi pula tiada senaman pemanas badan itu yang menyebabkan pancit ditengah jalan walaupon baru 15minit mendaki.Sesampai dipunchak,keadaan masih lagi diselubungi kabus.Seperti Jabatan Kesihatan sedang menyembur asap untok nyamok denggi.Jarak penglihatan tidak begitu jauh.Pemandangan memang mengechiwakan.15minit sesi bergambar masa untok turun.Rintik-rintik halus sudah mula terasa.Kabus makin tebal.
Trek yang agak curam |
Kabus dimana-mana |
Waktu turun adalah yang paling laju.Sedar-sedar sudah sampai kat bawah.Hampeh jam baru pukol sembilan.Misi untok melihat pemandangan dari punchak Broga gagal.Tidak mengapa.Jikalau ada sumur diladang...
Riyat naik |
Riyat turon |
Penakong hujan semula jadi |
Penghuni tetap |